PENGUMUMAN DARI AINA

Tempahan Bengkel Solekan untuk tahun 2017 telah dibuka!!!

Jika memerlukan perkhidmatan saya dan sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada saya di :
ainamagicaltouch@gmail.com

atau whatsapp/sms ke: 011-1288 9823


Available makeup ke:
Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak & Selangor

Boleh lawati :
FB: Aina Magicaltouch
FB Page: Kelas Solekan Aina
IG: @ainamagicaltouch

Thursday, August 26, 2010

Kelas Make Up bersama rakan di Kuantan

Salam.
Di sini saya saja nak tambah koleksi gambar.
Ada kelas makeup diadakan bersama kawan-kawan sekolah di rumah Fuzz.
Malangnya tiada simpanan gambar yang lain. InsyaAllah bila dah jumpa simpanan gambar-gambar bersama mereka, saya akan upload gambar lagi ya.
Saya akan upload gambar model yang saya makeup iaitu Anem ;)

Gambar Anem sebelum makeup


Selepas makeup ;)


Banyak lagi gambar-gambar saya buat kelas makeup tapi tak berkesempatan untuk mengupload. hehe.
InsyaAllah akan saya upload secepat mungkin.

______________________________________________________________________________
***nota kaki: Memandangkan blog ini disiapkan dalam bulan Ramadhan, maka lewat sikitlah ya saya ucapkan Salam Ramadhan. hehe

Wednesday, August 25, 2010

Pertunangan HAZWANI IZZATI di Klang, Selangor


Salam semua.
Kali ni saya makeup kawan saya di Klang.
Masa suntuk untuk siapkan beliau kerana sesat dalam perjalanan dari Nilai ke rumahnya di Klang.
Hanya tinggal lebih kurang sejam setengah je untuk siapkan dia. huhu
Maaf ye jika hasil kurang memuaskan ;)


Wani sebelum makeup

Selepas makeup

Selepas make up

Monday, August 23, 2010

Kelas Make Up

Terlalu berminat dalam bidang persolekan, selepas SPM saya sentiasa mencari-cari kelas-kelas mempelajari teknik-teknik menyolek dari asas sehinggalah ke Advance.
Belajar make up dari golongan nyah juga membantu saya mempertingkatkan dan mengasah lagi kemahiran-kemahiran yang saya ada. Alhamdulillah, dikurniakan bakat ini, mencari rezeki sambil menjadikan sebagai hobi.
Selepas habis belajar dan bekerja, barulah mampu untuk ke kelas-kelas makeup artist yang tersohor.
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat apa yang saya impikan. ;)
Segala tekik-teknik saya kumpul dan cuba mempraktiskan ke atas diri sendiri.
Confidence level pun dah semakin tinggi. Amin ;)

Di sini saya hanya dapat upload gambar-gambar saya mempelajari teknik-teknik Advance solekan bersama makeup artis tersohor iaitu Kak Naza dari DERINA TEAM dan EPIE TEMERLOH.Terima kasih yang tak terhingga di atas tunjuk ajarmu.

" Tunjuk ajarmu sifu!"

Akan saya gunakan sebaik-baiknya segala ilmu yang telah dicurahkan. Doakan kejayaan saya ;)

Bersama Sifu Kak Naza ;)

Model saya; Kak Wahyu
Seelum makeup

Selepas makeup

Kak Wahyu bersama saya di kelas make up bersama Naza Derina
__________________________________________________________

Bersama Epie Temerloh ;)
Sangat mngaguminya ;)
Smooth touch makeup tangan dia 


Pertunangan DILA DANIAL di Kuantan, Pahang

Selang beberapa bulan selepas pertunangan saya, sahabat baik saya pula menyusul.
Permintaannya, nak natural sahaja, dan tidak mahu eyeliner tebal. hehe.
Saya ikut sahaja ya sayang. hehe

Sebelum makeu pun dah cantik ;)

Natural touch as she requested

After make up

;) congrates sayang ;)

Pertunangan AINA di Kuantan, Pahang

Make up diri sendiri di hari pertunangan ;)





Pertunangan LYNN di Muar, Johor

Alhamdulillah kawan saya ni dapat jodoh yang baik.
kawan baik saya dunia akhirat. InsyaAllah ;)
Pertunangannya last year, membuat dia sungguh gembira. Mana taknya, dapat jodoh yang baik.
Syukur... ;)
tak banyak gambar yang saya ada simpan sebab saya kehilangan thumbdrive tersayang. huhu :((
So, gambar sebelum makeup pun takde, saya hanya grab dari FB nye. hehe.



Perkahwinan INTAN di Ipoh

Diberi kepercayaan dari keluarga sebelah tunang saya untuk solekkan puteri bongsunya.
Alhamdulillah, berjalan lancar walaupun dalam keadaan kelam-kabut ulang alik dari KL ke Ipoh.
Permintaan keluarganya agar wajahnya asalnya masih terserlah. Saya cuba sebaik yang boleh untuk memenuhi permintaan keluarganya.

Di sini, masih belum dapat gambarnya semasa akad nikah dan sanding yang lain-lainnya.
insyaAllah kalau dah dapat akan saya letakkan di sini ya.